Salam sejahtera, 

Anda dibawa masuk ke page ini kerana kami ingin menerangkan beberapa perkara mengenai peluang belajar di KPJ University College. Selesai sahaja anda membaca page ini, anda akan diberi pautan (link) untuk meneliti:- Kursus-kursus ditawarkan Ringkasan Kursus Syarat Kemasukan Yuran Pengajian Panduan kemasukan dan lain-lain maklumat Borang Permohonan Online NAMUN, anda perlu terus membaca maklumat yang ingin saya kongsi di bawah ini.

Apakah Kursus Yang Ditawarkan?

Diploma Kejururawatan, Fisioterapi, Farmasi, Pengimejan Perubatan, Pengurusan Rekod, Operasi Dewan Bedah. Asasi Sains Ijazah Kejururawatan, Farmasi, Fisioterapi, Pengimejan Perubatan, Psikologi, Perniagaan, Komunikasi Korporat dan Terapi Pekerjaan.

Adakah Anda Layak?

Sila lihat syarat-syarat kemasukan yang diberikan dalam setiap page perincian kursus.

Bila Pengambilan di buat?

Setiap Februari/Mac Setiap Jun/Julai Setiap September

Di mana Hendak Memohon?

Permohonan sentiasa dibuka di halaman Koleksiminda 

Berapa Lama Dapat Keputusan?

Bergantung kepada berapa cepat pegawai meluluskan. Biasanya 2 minggu selepas permohonan.

Jika, gagal? Pemohon akan dimaklumkan melalui email. Sila semak email anda termasuk dalam spam/junk folder.

Jika Lulus dan Mendapat Surat Tawaran?

Nama anda akan dimuatnaik di SINI dan Surat Tawaran akan di email ke email anda. Semak juga dalam spam folder. Pastikan email anda adalah benar dan boleh digunakan.

Bolehkah Merayu?

KPJ menggunakan sistem pemilihan. Jika gagal memenuhi kelayakan yang ditetapkan oleh MQA maka ia akan gagal.

Jika pernah memohon, bagaimana untuk memohon semula?

Jika pernah memohon, sila hubungi nombor ini 0129026198 atau 0173924460 melalui Whatapps atau Mesej, tulis nama penuh anda dan nyatakan hasrat anda untuk mendapatkan surat tawaran baru.

Kenapa Lebih Baik memohon Melalui KOLEKSIMINDA?

Pegawai-pegawai koleksiminda akan maklumkan kepada anda melalui Mesej/Whatapp, boleh berbincang dan memberi maklumat status permohonan dan surat tawaran 24 jam.

Jika ditawarkan, apa perlu anda buat?

  • Buka email dan muatturun 2 fail utama-
  • Surat Tawaran dan Panduan Kemasukan.
  • Cetak Surat Tawaran dan ada BORANG PENERIMAAN bersamanya.
  • Cetak borang-borang Biodata Pelajar, Borang PTPTN, Borang Medical Check-up yang ada di dalam Panduan Kemasukan.
  • Lengkapkan Borang Penerimaan, tick hadir jika hadir, tick tolak, jika tolak.
  • Email borang penerimaan ke accept@kpjuc.edu.my dan ke koleksiminda@gmail.com
  • Lengkapkan borang Medical Check-up dan buat medical check-up samada di Hospital KPJ atau Hospital Kerajaan sahaja.

Berapa Yuran Kemasukan?

RM 500 sahaja- Sila buat bayaran melalui Bank Draf atau bank-in ke akaun KPJUC. Maklumat akaun diberi dalam bahagian Panduan Kemasukan.

Bagaimana penginapan?

Pelajar lelaki dan perempuan diberi penginapan di dalam kampus, percuma. Terdapat asrama lelaki dan wanita yang berasingan.

Peraturan Berpakaian?

Pakaian mesti menutup aurat dan tidak menjolok mata. lain-lain pakaian uniform bergantung kepada arahan semasa jabatan masing-masing.

Tatakelakuan dan personaliti?

Kod etika perlakuan harian dan kehadiran kelas dan praktikal adalah menjadi komponen dalam penilaian setiap pelajar yang mesti dipatuhi.

Kemudahan Hostel?

Katil, tilam, meja, kerusi dan almari disediakan. Yang lain disediakan oleh pelajar. Terdapat perkhidmatan dobi berbayar di hostel.

Bagaimana jika ingin menukar kursus?

Menukar kursus dibenarkan tetapi tidak digalakkan. Anda perlu melihat peraturan dan panduan di dalam Panduan Kemasukan.

Bagaimana Orientasi?

Akan diadakan pada minggu pertama sehari selepas pendaftaran. ianya wajib hadir Taklimat akademik dan lain-lain diberikan.

Pinjaman PTPTN?

Sila pastikan anda mempunyai akaun SSPN PIN PTPTN dibeli semasa di kolej dalam minggu orientasi. Permohonan dibuat secara BERKELOMPOK di Kolej dengan bimbingan Pegawai. Pastikan akan mempunyai semua dokumen diri, ibu dan bapa serta slip gaji/penyata pendapatan atau pengesahan pendapatan.

Berapa lama baru dapat PTPTN?

Biasanya 3 bulan. Bergantung kepada PTPTN dan dokumen yang lengkap atau tiada masalah.

Bagaimana jika PTPTN tidak mencukupi untuk Yuran Pengajian?

Anda/ibu bapa perlu berbincang dengan kolej untuk ‘top-up’ baki bayaran tersebut. Penggunaan KWSP atau lain-lain sumber digalakkan. Kolej akan mengeluarkan surat pengesahan untuk kegunaan bagi tujuan tersebut.

Peluang Kerjaya?

Biasanya pelajar berpeluang bekerja dengan Hospital KPJ apabila tamat pengajian tetapi tidak secara oromatik. Proses permohonan dan temuduga biasa akan dilakukan. Pelajar juga boleh memohon kerja di tempat lain.

Hubungi  0129026198 atau 0173924460 jika ada pertanyaan lain. Terima kasih