Seringkali kita, manusia akan ‘hilang rasional’ apabila berhadapan dengan umur. Kita sentiasa rasa umur kita masih awal walaupun sudah mencapai 40 tahun.
Seringkali juga kita merasa masih muda apabila sudah mencecah 50 an dan semakin tidak berupaya. Pinggang sakit, kaki sakit, lutut sakit, sendi sakit dan macam-macam sakit.
Dalam proses kita mempelajari tentang etika kehidupan kita tidak boleh lari dari membicarakan kejadian kita. Kejadian kita semenjak perpaduan antara ibu dan ayah.
Proses ini tentulah bermula dari saat sebelum kelahiran kita, 9 bulan dalam kandungan ibu dan 9 bulan itu juga adalah atas pengharapan bapa.
Sementara kita dilahirkan ke dunia ini, hasrat yang utama adalah untuk menjadi anak yang baik, yang mentaati, paling tidak pun menghormati ibu dan bapa.
Syurga di bawah telapak kaki ibu, namun ia merujuk kepada mentaati kepada ibu dan bapa.
Siapa yang mahu menjadikan anaknya tidak baik, gagal dan tiada sifat kemanusiaan. tentulah mereka mengharapkan kita menjadi anak yang soleh dan solehah.
Di pihak kita, apabila kita dilahirkan ke dunia, kita sangat lemah, sangat bodoh, sangat jahil sehinggalah mereka mendidik kita menjadi kanak-kanak yang tahu tentang arti hidup.
Kita, anak-anak sebenarnya semasa kanak-kanak tidak memahami apa-apapun. Malah, tidak punyai apa-apa pun.
Dengan kudrat mereka kita dibesarkan, diberi ilmu, disekolahkan dan dibimbing sehingga kita berjaya.
“APAKAH APABILA KITA BERJAYA, KITA SUDAH MERASA MEGAH, HEBAT, KUAT DAN MENCEMUH ATAU MENIDAKKAN SEGALA KEPANDAIAN IBU BAPA?“
Kitalah seolah-olah orang yang lebih pandai, lebih hebat, lebih berilmu dari ibu bapa sehingga menjadikan kita antara insan yang sombong.
Hebatkah kita apabila kita sudah mampu berdikari, sudah mampu mengenepikan ibu bapa dalam membuat keputusan. Bolehkah atau wajarkah kita mencemuh, mengherdik ibu bapa dengan kata-kata bernada sombong dan bongkang, garang dan bengis.
Anak-anak, kita lah, sebenarnya tidak mempunyai apa-apa pun. Semuanya diberikan oleh ibu bapa dengan izin tuhan. Tidak kah kita belajar tentang HIDUP.
jANGAN SOMBONG DAN BONGKAK. IA PASTI MENGHANCURKAN
Kerana, yang menghina, yang sombong dan segalanya akan terbalik semula.
WHAT YOU GIVE, YOU WILL GET BACK. Apa yang kita beri, kita pasti menerimanya semula.
BELAJAR LAH ARTI KEHIDUPAN. BUKAN BERBANGGA DENGAN KEPANDAIAN YANG KOSONG DAN DIMURKAI ALLAH
Terima kasih