Kerjaya Ahli Fisio

PHYSIOTHERAPY

Fisioterapi mencegah, mengenal pasti, membetulkan, dan melegakan ketidakfungsian pergerakan yang akut atau berpanjangan dengan penekanan diberikan kepada kemudahan pergerakan, gaya hidup berdikari, dan kesihatan. Pasukan pakar fisioterapi kami yang berpengalaman menyediakan khidmat nasihat dan rawatan intervensi yang disuai khusus.

Terapi disediakan untuk:

Kecederaan sukanSakit belakang dan leher (termasuk skiatiks dan kecederaan piat)Kecederaan di tempat kerjaMasalah postur yang berpunca daripada, atau yang menyebabkan, ketidakseimbangan ototPemulihan selepas pembedahan, termasuk artroskopi sendi, pembinaan semula, atau penggantianKecederaan lewah guna (masalah otot, tendon, atau ligamen)Masalah keseimbanganKesakitan dalam mana-mana sendi seperti di lutut, bahu, siku, tangan, dan kakiPemulihan saraf bagi pesakit yang menghidap angin ahmar, penyakit Parkinson, kecederaan kepala traumatik, dan palsi serebrumMasalah perkembangan fizikal dalam bayi dan kanak-kanakMasalah selepas bersalinDan banyak lagi

Rawatan termasuklah:

Manipulasi – Senaman berkelajuan tinggi bagi mengembalikan pergerakan normalMobilisasi – Pergerakan gunaan bagi mengurangkan kekejangan dan melegakan kesakitanTeknik pengendalian manual dengan penekanan diberikan kepada latihan berfungsiSenaman pemulihan – program senaman bagi mempertingkatkan pergerakan dan memulihkan otot yang lemahElektroterapi – Pelbagai teknik termasuklah ultrabunyi dan elektroterapi bagi melegakan kesakitan dan mempertingkatkan proses pemulihanKaunseling dan pendidikan pesakitTERAPI PEKERJAAN

Terapi Pekerjaan (OT) adalah penggunaan penilaian dan perancangan intervensi rawatan, dengan matlamat untuk mengekalkan atau meningkatkan lagi kebebasan pesakit dengan Aktiviti Kehidupan Harian (ASL). Ini termasuklah kes kendiri, tugasan kerja rumah, dan aktiviti kerja/sekolah serta aktiviti riadah. Melalui OT, kami memperbaiki penggunaan fungsi tangan dan bahu pesakit kami, membantu kanak-kanak dengan masalah perkembangan lambat atau ketidakupayaan belajar bagi mencapai potensi mereka yang tertinggi, menangani masalah dengan kognisi dan persepsi visual, serta menawarkan nasihat tentang peranti/pertolongan berbantu yang bersesuaian. Pasukan kami juga menawarkan khidmat nasihat dan pendidikan kepada pesakit serta ahli keluarga.

TERAPI BAHASA PERCAKAPAN

Pasukan Terapi Percakapan kami menyediakan khidmat pencegahan, saringan, penilaian, rawatan, pengurusan, dan khidmat nasihat bagi pesakit daripada semua peringkat umur dengan gangguan percakapan dan/atau menelan. Kami juga menyediakan latihan kerjaya dan pendidikan kepada pesakit serta khidmat nasihat dan pendidikan kepada ahli keluarga atau rakan komunikasi.

Kami menawarkan terapi bagi mereka yang menghadapi kesukaran dengan masalah berikut:

Kesukaran komunikasi yang berpunca daripada penyakit saraf seperti angin ahmar, kecederaan otak traumatik, palsi serebrum, penyakit Parkinson, penyakit Alzheimer, penyakit neuron motorKecacatan pendengaranPenyuaraan atau sebutan bunyi dan perkataanKelewatan percakapan dan bahasa bagi kanak-kanakKetidakupayaan pembelajaran yang berkait dengan bahasaGagapKesukaran menelanMasalah suaraTERAPI SENAMAN TERKHUSUS

Kami menawarkan terapi senaman tersuai khusus bagi menggalakkan perubahan gaya hidup positif demi kebaikan kesihatan pesakit kami. Pasukan berkepakaran kami berdedikasi dalam merangka latihan senaman tersuai khusus bagi pelbagai peringkat kesihatan dalam kedua-dua program Gyrotonic® dan Pilates.

GYROTONIC®, Terapi Pergerakan Penuh

Sejenis bentuk senaman yang berasaskan pergerakan berbilang hala yang berpusar dan beralun bagi membantu meningkatkan kekuatan, kelenturan, dan koordinasi yang membenarkan kebebasan pergerakan tanpa had bagi corak kepantasan dan pergerakan menggunakan peralatan menara kapi Gyrotonic®. Ini menggalakkan pergerakan tubuh yang lebih baik.

PILATES

Sejenis bentuk senaman yang mempertingkatkan kepelbagaian pergerakan tubuh dengan mengembangkan penggunaan kumpulan otot teras yang betul melalui abdomen, belakang bawah, dan belingkung bahu. Ia juga menggalakkan postur yang lebih baik.

PERMOHONAN UNTUK BELAJAR DI KPJUC