Utama      Yuran Pengajian

 
 
 
 
 
 

 
3.1 Yuran Pendaftaran

a. Yuran Pendaftaran sebanyak RM500.00 hendaklah dibuat SEBELUM Hari Pendaftaran.

b. Bawa Slip/Bukti Pembayaran sekali dengan dokumen “checklist” sebagai bukti pembayaran. Yuran Pendaftaran dan Yuran Pengajian hendaklah dikreditkan terus ke akaun semasa KPJUC di bank-bank CIMB Berhad secara
Bank Deraf.

c. KPJUC tidak menerima bayaran melalui cek sama ada cek persendirian atau syarikat.

d. Nama akaun : PUTERI NURSING COLLEGE SDN. BHD.
Nombor akaun : 80-02306-141

e. Yuran Pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya mahasiswa/i menarik diri daripada meneruskan pengajian.

3.2 Yuran Pengajian

a. Yuran Pengajian perlu dijelaskan sebelum setiap semester baru bermula.

b. Bagi Yuran Pengajian mahasiswa/i perlu mengemukakan slip pembayaran dalam masa 3 hari selepas bayaran dibuat melalui faks, atau imbas-e-mel (scan e-mail) kepada acckpjic@gmail.com. Akaun mahasiswa/i hanya akan
dikemaskini setelah bukti pembayaran ini diterima.

c. Resit pembayaran dikeluarkan sekiranya bank deraf atau deposit telah dimasukkan ke akaun KPJUC dan atau slip pembayaran bank telah dikemukakan kepada Jabatan Kewangan. Sila simpan resit sepanjang tempoh pengajian sebagai bukti. Nama dan nombor akaun sama seperti di atas.

3.3 Polisi Bahagian Kewangan

a. Bagi bakal pemegang pinjaman PTPTN, mahasiswa/i akan diwajibkan untuk membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad dan sentiasa memastikannya aktif mengikut peraturan bank. Sebarang perubahan nombor akaun
perlu dimaklumkan ke Jabatan Kewangan untuk mengelakkan sebarang masalah pembayaran kelak.

b. Pelajar perlu mengemaskini status penajaan/penganjuran pelajaran dengan mengemukakan surat tawaran daripada pihak penaja/penganjur kepada Jabatan Kewangan.

c. Bagi semua penajaan/penganjuran termasuk PTPTN yang telah dikreditkan ke akaun pelajar, sila lakukan segera pembayaran yuran dalam masa 14 hari bermula dari tarikh amaun dikreditkan oleh penganjur.

d. Mahasiswa/i hendaklah memberi kuasa kepada Bahagian Kewangan, KPJUC untuk mendebitkan akaun bank sekiranya bayaran telah diterima daripada pihak PTPTN.

e. Pelajar bertanggungjawab mengembalikan semula dengan segera apa jua pembayaran jika tidak layak untuk mendapatnya atau menolak tawaran penganjur. Kegagalan memulangkan bayaran seperti yang dikehendaki
membolehkan pihak KPJUC mengambil tindakan ke atas pelajar atau penjamin.

f. Sekiranya mahasiswa/i mendapat tawaran dari PTPTN dan kemudian mendapat tajaan daripada pihak hospital (KPJ atau luar), amaun lebihan tidak akan dipulangkan kepada mahasiswa/i sebaliknya akan dipulangkan kepada
PTPTN setelah mahasiswa/i telah tamat pengajian dan segala akaun telah dikemaskini dan bayaran telah diterima daripada pihak penganjur/penaja.
g. Kegagalan menjelaskan yuran boleh menghalang mahasiswa/i daripada menduduki peperiksaan di semester terbabit. Kesukaran lain termasuk digantung pengajian dan tindakan undang-undang.

5

h. Bayaran-bayaran lain yang tidak termasuk dalam yuran pengajian:

i. Yuran Student Activities : RM90.00 untuk sepanjang pengajian
ii. Menduduki semula peperiksaan : RM50.00 setiap modul
iii. Percetakan semula transkrip peperiksaan : RM50.00 setiap transkrip
iv. Pengesahan salinan transkrip : RM100.00
v. Percetakan semula resit pembayaran : RM5.00 setiap resit
vi. Yuran pengulangan semester : mengikut jumlah yuran semester terbabit
i. Tindakan yang akan dikenakan bagi yuran tertunggak;
i. Ditahan daripada mengikuti kuliah/praktikal
ii. Ditahan daripada membuat pendaftaran bagi modul yang baru
iii. Ditahan daripada menduduki peperiksaan
iv. Digantung pengajian atau diberhentikan pengajian
v. Tindakan undang-undang

Sila sentiasa berhubung dengan pihak Finance Department untuk membuat bayaran ansuran.

STRUKTUR YURAN PENGAJIAN

3.0 YURAN PENGAJIAN
Berikut merupakan Yuran Pengajian mengikut program pengajian.
Pelajar Tempatan DAN International Student
Program Tempoh Jumlah
 
School of Medicine
Master of Otorhinolaryngology -Head and Neck Surgery 4 tahun 200,000 280,000
Master of Radiology 4 tahun 250,000 350,000
Master of Paediatric 4 tahun 250,000 350,000
Master of Orthopedic 4 tahun 250,000 350,000
Master of General Surgery 4 tahun 250,000 350,000
School of Pharmacy
Master of Science Pharmaceutical Technology 2 tahun 28,000 50,000
Master of Pharmacy 2 tahun 28,000 50,000
Bachelor of Pharmacy (Hons) 4 tahun 120,000 170,000
Bachelor of Pharmaceutical Science with Health Sciences (Hons) 4 tahun 80,000 115,000
Diploma In Pharmacy (Nilai campus) 3 tahun 51,888 -
Diploma in Pharmacy (Penang campus) 3 tahun 51,888 -
School of Nursing
Doctor of Philosophy in Nursing 3 tahun 40,000 56,000
Master of Nursing Science 2 tahun 28,000 50,000
Bachelor of Science in Nursing (Hons) 4 tahun 90,000 130,000
Diploma In Nursing (Nilai campus) 3 tahun 52,850 62,000
Diploma in Nursing (Johor Bahru campus) 3 tahun 46,200 -
Advanced Diploma in Midwifery 1 tahun 20,000 -
Advanced Diploma in Peri-Operative Nursing 1 tahun 20,000 -
Professional Cert. In Education & Teaching for Nursing Professional 6 bulan 8,500 -
Professional Cert. In Education & Teaching for Nursing Professional
(JB campus) 6 bulan 8,500 -
Professional Cert. In Critical Care Nursing 6 bulan 10,000 -
Professional Cert. In Gerontology Nursing 6 bulan 8,300 -
Certificate in Aged Health Carer 3 bulan
Certificate in Renal Nursing (JB campus) 6 bulan 8,000
Certificate in Orthopaedic Nursing (JB campus) 6 bulan 10,500
Certificate in Orthopaedic Nursing(Penang campus) 6 bulan 10,500
Certificate In Paediatric Nursing 6 bulan 8,000 -
Certificate In Renal Nursing 6 bulan 8,000 -
School of Health Sciences
Master of Physiotherapy 2 tahun 28,000 50,000
Master of Medical Imaging 2 tahun 28,000 50,000
Bachelor of Physiotherapy (Hons) 4 years 80,000 115,000
Bachelor of Medical Imaging (Hons) 4 years 80,000 115,000
Diploma In Medical Imaging 3 tahun 45,000 -
Diploma In Physiotherapy 3 tahun 50,568 -
Diploma In Higher Education in Operating Department Practice
(Liverpool John Moore University) (Penang campus) 3 tahun 55,500 -
Cert. in Basic Patient Care Course for Healthcare Assistant (JB) 4 bulan 3,800 -
Certificate in Dialysis Technician (Penang) 3 bulan 3,800 -
School of Business and Management
Diploma In Health Information Management 3 tahun 45,000 55,000
School of Behavioral Science & Humanities
Foundation in Science 1 tahun 15,000
(10,500 untuk tahun 2017) 21,000
Bachelor of Arts (Hons) Strategic & Corporate Communication 3 tahun 40,100
Senarai yuran akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
 
 
 
 
 

 
6 Langkah Permohonan 
KPJUC
 
 
Dapatkan Maklumat
Mengenai KPJUC
 
 
 
ANDA PELAWAT KE
 

 
PELAWAT ONLINE
 

 

 
 
=========================
   Hakcipta (c) Koleksiminda.com
Kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan dan 
kos yang ditanggung oleh pengguna laman ini. 
Kami mementingkan Privasi Data pemohon.